Saturday, 13 July 2013

Segala puji bagi-Mu Ya Allah atas anugerah-Mu ini. Dalam kesulitan Engkau berikan aku kedamaian dan ketenangan ini. Rasa yang telah lama hilang dari diriku. Rasa yang hanya dapat aku miliki bila hati ini dekat dengan-Mu. Tiada apa yang hendak dikeluhkan lagi, tiada apa yang hendak dikesalkan, tiada apa yang harus ditangisi lagi, kerana di sebalik kegagalan semalam Kau anugerahkan aku dengan sesuatu yang tidak ternilai. Sesuatu yang tidak mungkin aku tukar walau dengan apa pun... Engkau yang paling mencintaiku dan mengasihiku...tidak pernah membiarkanku jauh.

No comments:

Post a Comment